Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Suami Stress, Isteri Hamil Menangis Jam Tiga Pagi Ternyata Mengidam Pengen Makan Burung Suami


SAAT menanti kelahiran cahaya mata pastinya menjadi pengalaman yang cukup manis buat setiap pasangan suami isteri dan sudah menjadi kelaziman segelintir daripada kaum wanita akan melalui fasa mengidam.
Ada antara wanita hamil mengidam untuk makan makanan yang sebelum ini mungkin tidak pernah dirasainya, dan ada juga yang mengidamkan benda selain makanan.
Bagi si suami pula ia mungkin akan merasakan bahawa permintaan si isteri ketika hamil itu tidak masuk akal, namun mahu atau tidak, mereka akan sedaya upaya cuba memenuhinya.
Seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya dalam memenuhi keinginan isterinya yang ketika itu sudah masuk minggu ke-37 kehamilan.
Apa yang membuatkan ramai geli hati dengan perkongsian tersebut adalah apabila lelaki tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan memberitahu bahawa isterinya mengidam mahu naik UFO.
Pada mulanya selepas mendengar pemintaan isterinya itu, lelaki itu hanya menganggap perkara tersebut sebagai gurauan.
“Aku gelak jer laaa… Malam tu tengah aku syok tidur boleh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa… Tanya punya tanya sebabnya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu (nak naik UFO).
“Pastu pergi rumah mak boleh pulak dia ceritakan hasrat dia tu kat mak dan adik beradik yang lain, bergegar rumah sebab gelakkan dia. Jadi, apa lagi malam tu akulah yang kena pujuk,” demikian menurut lelaki itu dalam catatan dimuat naik di laman  Facebook Info Ibu Hamil.
Memandangkan setiap malam isteri lelaki tersebut bermimpi menaiki UFO, dia akhirnya mendapat idea dengan mengatakan bahawa permintaan tersebut sukar untuk dipenuhi kerana tidak tahu bila kapal angkasa itu akan ‘singgah’ di bumi.
Namun, hampir setiap malam isterinya masih lagi bercakap mengenai UFO, menyebabkan dia berasa serba salah dan kadang-kadang timbul rasa rimas.
Jelas lelaki itu lagi, dia kemudian memberitahu mengenai permintaan isterinya itu kepada ibunya – mencadangkan supaya dia memenuhi kehendak isterinya dengan membawa ‘menaiki UFO’.
“Esoknya aku ajak dia pergi Tesco nak beli barang dapur. Masa lalu kat tempat mainan tu aku tanya la dia nak naik UFO yang mainan tu tak?? Dia nak oiiii… Aku terus pergi beli token.
“Tak boleh nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu… (UFO mainan) Tersengih macam kerang busuk. Gembira sungguh dia… Masa tu orang semua dah tengok pelik. Malu memamg malu tapi lantaklah. Alhamdulillah lepas tu dah tiada dah duk cakap nak naik UFO,” katanya.
Sehingga kini status tersebut dikongsi lebih 14,000 pengguna Facebook, yang rata-rata menyifatkan perkara itu sebagai kelakar dan ‘sweet’.

Posting Komentar untuk "Suami Stress, Isteri Hamil Menangis Jam Tiga Pagi Ternyata Mengidam Pengen Makan Burung Suami"